SEJARAH



SEJARAH SEKOLAH
              Sejarah awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Seri Dusun bermula pada tahun 1955. Pada awalnya sekolah ini dikenali sebagai sekolah Inggeris.Guru besar pada ketika itu ialah Tuan Syed Abu Bakar b. Syed Akil Shahabudin. Beliaulah satu-satunya tenaga pengajar di sekolah itu. Jumlah pelajar pada ketika itu lebih kurang 40 orang.
  Pada tahun 1958, kerajaan bersetuju untuk  membina sekolah baru di Kampung Dusun. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1959. Dibuka dengan rasminya oleh  Duli Yang Maha MuliaTuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 04 Mac 1959.
  Pada tahun 1966 hingga 1972, sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu Aliran Melayu dan Aliran Inggeris. Pada tahun 1974 sekolah ini ditukar kepada satu aliran sahaja iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Nama sekolah ini ditukar dari Sekolah Inggeris  kepada Sekolah Rendah Kampung Dusun, Sik, Kedah.
  Pada  1 Januari 1998 nama Sekolah Rendah Kebangsaan Sik, Kampung Dusun Sik telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Seri Dusun.
Pada Februari 2003 bangunan ini telah digunakan sepenuhnya. Hasil usaha dan gabungan tenaga yang mantap semua guru dan staf sokongan SK Seri Dusun, pada tahun 2004 Sekolah Kebangsaan Seri Dusun telah dianugerah Johan Sekolah Harapan Negara, pada tahun 2005 Johan Anugerah Kualiti dan pada 2007  Anugerah  Sekolah Cemerlang.

No comments:

Post a Comment